🔽MASSCOMERS! ROAD TO PENANG🔽
We are masscomers was held our trip to Penang in the course Writing for Media. We are proceed our trip besides having fun and exploring, we also managed our blog to interact people in social media also the other bloggers about what interest in Penang.
Date on trip : 21hb-24 December 2017
Course : Writing for Media/Masscom
Follow and Subscribe :
➼CIP MEDIA ➼
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum and hi semua , pada 21/12 hingga 24/12 2017 kelas kami telah membuat trip ke P.Pinang . Tujuan trip ni ialah untuk menerokai P.Pinang . Penang ni serious best sangat. Banyak tempat yang lawa , menarik dan unik . Pemandangan laut pun lawa sangat , rasa tenang jela tengok . Kalau bab makanan memang tak ada tandingan la, semua sedap sedap . Ada Nasi Kandar, Mee Sotong , Cendol, Pasemboq dll. Kalau pegi penang memang tak rugi la sebab banyak aktiviti korang boleh buat , boleh melawat, kalau nak shoot pun tempat tempat dia pun lawa. Orang orang sini pun mesraje , baik , sopan. Masa kami satu kelas buat explore race area sini , ada la tanya kat orang orang sini pasal tempat . Dorang memang baik sangat , tak sombong langsung dan sangat membantu.
Assalamualaikum and hi semua , pada 21/12 hingga 24/12 2017 kelas kami telah membuat trip ke P.Pinang . Tujuan trip ni ialah untuk menerokai P.Pinang . Penang ni serious best sangat. Banyak tempat yang lawa , menarik dan unik . Pemandangan laut pun lawa sangat , rasa tenang jela tengok . Kalau bab makanan memang tak ada tandingan la, semua sedap sedap . Ada Nasi Kandar, Mee Sotong , Cendol, Pasemboq dll. Kalau pegi penang memang tak rugi la sebab banyak aktiviti korang boleh buat , boleh melawat, kalau nak shoot pun tempat tempat dia pun lawa. Orang orang sini pun mesraje , baik , sopan. Masa kami satu kelas buat explore race area sini , ada la tanya kat orang orang sini pasal tempat . Dorang memang baik sangat , tak sombong langsung dan sangat membantu.
DAY 1
Kami bertolak ke P.Pinang pada pukul 3.30 pm menaiki bas yang disediakan oleh Unisel untuk kemudahan kami bergerak di area P.Pinang . Terima kasih Unisel :)
Kami menginap di Ar Raudhah suites and hotel selama 4 hari 3 malam
Kami tiba di P.Pinang pada pukul 10.00 malam , kami dibahagikan dan diberi kunci kepada bilik masing masing. Kami diberi kebebasan pada malam itu kerana tiada aktiviti yang dimulakan pada haritu . Kebanyakkan kawan kelas kami yang pergi bersiar siar dan makan di area padang kota dengan Sir Khlalil dan ada juga yang hanya berehat di hotel.
DAY 2
Pada hari kedua kami memulakan aktiviti pada pukul 10.00 am , sebelum tu kami diberi masa untuk sarapan di area hotel . Pada pukul 11.00 am kami bertolak ke Kuil Kek Lok Si . Tempat ni sangat menarik and lawa dengan ukiran yang dilakukan di sekitar kuil ini . Kami yang melihat keunikan seni berasa sangat kagum dan teruja .
Gambar di bawah antara yang ada di kuil tersebut , pembinaan yang ada di sekitar sangat unik dan menarik.
Barang barang yang dijual sekitar kuil
Cable car
Patung yang paling besar di Kuil ini
Selepas pergi ke Kuil Kek Lok Si kami bergerak ke Restoran Hamed untuk makan tengahari , kedai makan ni ramai orang dan seperti biasa kedai makan di P. Pinang kebanyakkan kena beratur untuk mengambil makanan . Makanan yang disediakan sangat sedap dan banyak pilihan lauk yang disediakan.
Selepas selesai makan tengahari kami menaiki feri untuk melihat permandangan dan merasai nikmat angin laut pada waktu petang .
Pada pukul 6 kami dibenar pulang ke bilik masing masing untuk berehat , pada pukul 9 kami bergerak ke Pesta Penang . Pesta Penang ni tersangat la best dengan permainan yang disediakan . Nak masuk pun bayar murah sangat and memang mampu la untuk student yang macam kami datang ke sini untuk berseronok. Setiap permainan nak main kena beli token dulu and harga pun murah la jugak . Dekat sini bukan ada permainan ni je , ada jual jual barang , pakaian , kasut and makanan. Bagi saya masuk dalam pesta penang ni berbaloi la and ni la kenangan yang menarik buat kami satu kelas :)
DAY 3
Pada hari ketiga kami diberikan tugas oleh Sir Khalil untuk melakukan explore race untuk mencari check point di area P.Pinang
Sepanjang explore race berjalan , memang penat tapi best sebab dapat jalan jalan area penang and banyak tempat menarik yang kami dapat tengok . Orang orang sini pun banyak membantu untuk kami cari check point , dorang sangat peramah dan tak sombong untuk tolong kami .
Selepas explore race habis , kami satu kelas pergi makan tengahari di food court area Padang Kota . Tempat tu popular dengan makanan Mee Sotong. Nak beli makanan tu beratur dia sangat panjang dan orang yang tabah je mampu bersanar untuk beli makanan tersebut .
Selepas 1 jam setengah beratur .
Pada waktu malam kami bergerak ke night market di Batu Feringhi , night market situ best sangat , barang yang dijual pun murah murah . Ada banyak kedai makan seafood yang dekat dengan laut . So dapat la makan sambil rasa angin malam waktu malam . Dekat sini juga banyak tempat menarik and makanan yang jarang jumpaa.
Kami sempat main tepi laut walaupun tak dapat mandi sebab dah malam :( seronok dapat luang masa dengan rakan sekelas macam ni . Kenangan macam ni susah dapat untuk bersama-sama .
DAY 4
Hari keempat hari terakhir kami di P.Pinang . Kami diarah untuk kemas kemas barang sebab nak balik Shah Alam dah :( . Pagi tu kami pergi breakfast dekat area hotel sebelum bergerak ke destinasi seterusnyaa
Sarapan kami . Apam manis.
Makan tengahari . Nasi beriani ayam.
Destinasi seterus kami ialah Chowrasta Market. Dekat sini ada jual makanan yang menarik la, yang paling popular ialah jeruk Pak Ali. Kami sempat la bersiar siar dia area sini, sini pun ada jual banyak barang and makanan . Kami sempat merasa minum air cendol , sedapp sangaaaatttt!!!
Buah Berangan
Jeruk Pak Ali
Cendol Terbaik
Selepas kami dah puas beli jeruk , makanan dan bersiar siar , kami bergerak pulang ke Shah Alam pada waktu petang dan tiba di Shah Alam pada pukul 11.30 malam.
Sepanjang perjalan kami di P.Pinang , kami dapat banyak kenangan manis sesama rakan sekelas . Aktiviti macam ni susah dapat buat selalu , sementara ada masa sebelum kami semua tamat belajar jadi kami ambil kesempatan ni untuk buat kenangan kenangan baru sesama kami rakan kelas . Tidak lupa jugak lecterur kami , Sir Khalil sebab melayan perangai kami sepanjang di P.Pinang . Sir memang terbaik , terima kasih bagi peluang kat kami untuk kenangan baru bersama sama . Terima kasih sir :)
No comments:
Post a Comment