Thursday, January 4, 2018

Best place in Penang for Food Hunter !

FOOD HUNTER

                                                  _____________________________

FAAZEYRAQIS BLOGSPOT.COM

Pulau Pinang ni memang terkenal dengan gelaran ‘syurga makanan’ bagi setiap pelancong yang datang ke sana. Orang Malaysia pun jangan terlepas untuk mencuba makanan-makanan yang menarik serta sedap-sedap belaka ini. 

jadi inilah tempat makan yang anda patut kunjungi apabila berada di Pulau Pinang Pulau Mutiara!



1. Hameediyah Restaurant





Kalau datang Pulau Pinang, selain nasi kandar, tak sah juga kalau tak makan nasi beriyani kan? Salah satu kedai makan yang anda boleh kunjungi adalah Restoran Hameediyah. Restoran ini adalah antara restoran yang tertua beroperasi di Pulau Pinang dan menyajikan nasi beriyani yang terbaik! Memang banyak cawangan Hameediyah ini tetapi, kalau inginkan rasa yang asli, anda kena juga berkunjung ke Restoran Hameediyah di Lebuh Campbell Pulau Pinang.

2.  deen maju

Ya, sudah semestinya apabila berkunjung ke Pulau Pinang, tak sah kalau tak makan nasi kandar kan? Sudah menjadi satu fenomena sejak tahun lepas, Nasi Kandar Deen Maju ini sebenarnya telah lama beroperasi. Kalau datang sini saja, memang tak sah kalau kena beratur dan kena bersabar la ya. Terletak di Jalan Gudwara, Georgetown, kedai ini beroperasi dari jam 2.30 petang hingga ke 11 malam. Sesiapa yang nak beratur di hadapan tu, kena datang awal sikit lah kan dan jangan lupa untuk cuba ayam goreng yang menjadi buah mulut orang ramai.

3. teochew chendul (penang road)


Panas-panas ni memang sedap kalau makan cendol kan? Kalau nak rasa cendol terbaik di Pulau Pinang nin anda boleh berkunjung ke TeoChew Chendul yang terletak di Lebuh Keng Kwee. Bila dah sampai sini jangan terkejut pula sebab keadaan beratur tu memang macam tu. Nak beli makanan pun beratur, masa tengah makan pun kena beratur sebab tak cukup tempat. Memang inilah penangan cendol terbaik ini dan servis pun laju saja.


4.   Restoran Sup Hameed






Bila sebut sup ni ramai yang anggap sup adalah makanan yang biasa dan boleh didapati di mana-mana sahaja. Tetapi, berlainan dengan Sup Hameed yang terletak di Jalan Penang ini. Kepekatan sup herba ini dapat menarik minat sesiapa sahaja yang merasanya walaupun pertama kali dicuba. Bukan sahaja ada sup daging tapi pelbagai jenis isi sup boleh dipilih dan yang menariknya, sup ini boleh dicicah bersama roti. Jadi, kalau waktu petang atau malam tak tahu nak makan apa tu, boleh lah singgah untuk merasa nikmatnya ‘The Best Soup In Town’ ini.


5. Sany Char Kuay Teow


Tidak jauh dari tapak Pesta Pulau Pinang, Sani Char Koey Teow memang menjadi kegemaran ramai bagi setiap pengunjung. Lokasi yang lebih tepat adalah di kawasan Tokong Ular, bila anda sebut saja Sani Char Koey Teow, semua orang tahu kerana ‘brand’ yang cukup terkenal. Harga pun berpatutan dengan rasa yang sedap. Anda kena cuba!

6. Roti Bakar Transfer Road


Lokasi menarik untuk sarapan pagi adalah dengan berkunjung ke Roti Bakar Transfer Road. Berdekatan sahaja dengan Nasi Padang International Hotel ini, gerai roti bakar dan roti canai ini menjadi tenpat kegemaran bagi setiap pengunjung dari serata dunia. Antara menu yang boleh dicuba adalah roti bakar telur goyang dan sudah semestinya roti canai ayam yang memang terbukti sedap! Mudah saja untuk jumpa gerai ini, kalau tengok dekat Transfer Road tu ada gerai yang ramai orang, itulah tempatnya.


7. Hameed "pata" Mee Sotong


Berada di lokasi strategik iaitu di Padang Kota Lama, kedai Mee Sotong Hameed Pata ini menjadi buah mulut orang ramai. Memang terbukti rasnaya yang sedap dengan ditambah pula sambal sotong yang pedas kemanisan itu memang dapat mencairkan hati sesiapa sahaja yang mencuba! Kalau nak sedap lagi, pesan juga Coconut Shake. Dua gabungan ini dapat menambahkan lagi selera anda dan mana tahu, tambah sampai pinggan kedua pula.


No comments:

Post a Comment