Kek Coklat Moist The Best Ever
The best ever "Moist Chocolate Moist". Sesiapa sahaja memang takkan avoid kek coklat moist ni. Kegemaran semua orang. As i know coklat bagus untuk otak to let us focus more. So, you guys shouls try :) Even taknak baking, beli pun ok but not satisfied lahh.. Here i want to sharing the recipes.
Bahan-Bahan Kek Coklat Moist:
Bahan Pertama:
(1) cawan serbuk koko
(1) cawan gula pasir
(1) cawan susu cair
(1) cawan minyak masak atau marjerin dicairkan
(1/2) cawan susu pekat manis
Bahan Kedua:
(1) dan suku
(1/4) cawan tepung gandum
(1) sudu serbuk penaik
(1) sudu soda bikarbonat
(4) biji telur
(1) sudu esen perisa vanila
Cara-Cara Menyediakan Kek Coklat Moist:
Campuran pertama:
- Campurkan semua bahan-bahan pertama iaitu gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam kuali.
- Masak semua bahan itu sehingga larut cair mengguna api kecil dan dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekatanya.
Campuran kedua:
- Campuradukkan dan ayak bahan kedua iaitu tepung gandum, serbuk koko , serbuk penaik dan soda bikarbonat dengan sekata
- Kemudian, ambil 4 telur yang disediakan tadi untuk dipukul. Pukul telur itu sehingga kembang. Lebih kurang 5 minit macam itu la pukul telur.
Campuran Ketiga:
- Masukkan campuran pertama tadi dengan telur yang telah dipukul kembang. Pastikan anda campurkannya dengan sekata.
- Kemudian, masukkan campuran kedua tadi dengan campuran ketiga. Campurkan campuran kedua sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati dan sekata. Pastikan anda campurkannya dengan sekata dan tidak berketul-ketul.
- Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Adun dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.
- Sediakan pengukus dan sapu marjerin pada loyang. Masukkan adunan atau campuran kek coklat moist anda ke dalam loyang.
- Pastikan air sudah mendidih baru masukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat moist anda tadi.
- Tutup loyang anda dengan aluminium foil, ini adalah untuk memastikan wap air tidak kena kek anda semasa mengukus.
- Kemudian, kukus kek coklat moist selama 1 jam
Sementara menunggu kek anda dimasak, anda boleh lah mengambil masa ini untuk menyediakan topping untuk kek. Terdapat banyak cara dan kaedah untuk menyediakan topping .
Cara-Cara Menyediakan Topping :
Cara Pertama:
Bahan:
- Setengah (1/2) cawan susu pekat manis
- Dua (2) sudu besar serbuk koko
- Dua (2) sudu besar mentega
Cara:
- Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk(api kecil) dan kacau hingga pekat
- Kemudian masukkan mentega dan tutup api
- Tunggu sehingga sejuk dan siram ke kek coklat moist anda.
Cara Kedua:
Bahan:
- Setengah (1/2) bar coklat yang sudah di cair dan masak
- Dua (2) sudu besar susu pekat manis
- Satu (1) sudu mentega atau majerin
- Satu pertiga (1/3) cawan susu segar
Cara :
- Masakkan atas api guna kaedah Double boiler
- Jika hendakkan coklat itu pekat, jangan letak susu segar
- Tunggu sehingga sejuk dan siram ke kek coklat moist anda.
Kek Coklat Moist anda sudah siap untuk dihidang. Kek anda sedia untuk dinikmati seisi keluarga.
Disini saya menyediakan cara menyediakan moist cake chocolate dari Youtube dalam bahasa Inggeris.
Hope you guys enjoy :) Selamat Mencuba ..
No comments:
Post a Comment