Thursday, January 11, 2018

🔽FAAZEYRAQIS🔽

__________________________________

Makanan Sihat Untuk Wanita 

1. Protein Soya 
Protein soya yang terdapat dalam tauhu, susu , mentega atau bijirin bagus untuk kesihatan jantung anda. Ia membantu anda mengurangkan tahap kolestrol dalam badan. Pratikkan untuk mengambil sekurang – kurangnya 25 gram protein soya setiap hari.

2.  Bijirin  
Bijirin penuh membantu mencegah masalah pencernaaan yang lazimnya di alami oleh kaum wanita. Makanan bijirin penuh termasuk beras perang, roti gandum, dan barli.

3.  Makanan Tinggi Folic 
Makanan tinggi kandungan folic yang terdapat dalam asparagus, buah oren dan kekacang adalah penting untuk wanita mengandung. Ia bertujuan memastikan produksi tiub saraf yang betul dan kesihatan jantung untuk janin.Pastikan anda mengambil sekurang – kurangnya 400 mikrogram (mcg) setiap hari.

4. Jus Cranberi 
Mungkin ada di antara anda tidak menyukai rasanya yang masam, tetapi tahukah anda jus cranberi membantu mencegah bakteria daripada melekat pada dinding pundi kencing anda sekaligus mencegah jangkitan pada saluran kencing.Penyelidikan baru juga membuktikan bahawa kranberi boleh mengekalkan kesihatan kardiovaskular.

5. Air
Air adalah penting untuk semua proses metabolik dalam badan, Ia juga membantu sistem penghadaman, kawalan berat badan dan juga kesihatan kulit. Minum 8 hingga 10 gelas sehari adalah penting untuk memastikan kandungan air dalam badan anda mencukupi.

6. Sayuran hijau 
Sayuran hijau menyediakan nutrien dan serat yang penting untuk badan. Kata orang-orang tua, lebih pahit rasa sayuran itu, lebih banyak khasiatnya. Cuba makan sekurang-kurangnya tiga hidangan setiap hari.

7. Makanan Vitamin C
Buah-buahan termasuk sitrus, strawberi, lada merah, lada hijau, sawi, brokoli, bayam, tomato, kentang, kiwi, jambu dan pasli. Di samping menyumbang kepada kesihatan menyeluruh, buahan – buahan yang kaya dengan Vitamin C dan anti oksidan yang dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung kronik. 

8. Makan Madu Setiap Pagi


No comments:

Post a Comment