🔽FAAZEYRAQIS🔽
________________________________
THOSAI
Thosai merupakan makanan kegemaran orang india. Makanan ini
menjadi menu utama dalam hidangan Hari Deepavali. Thosai kebiasaannya enak
dimakan bersama kuah “sandhini”
IDHILI
Idhili merupakan makanan sampingan dalam menu hidangan kaum
india pada hari Deepavali. Idhili dimakan bersama sandhini atau kari ayam, dal
dan lain-lain.
MURUKU
Muruku adalah makanan kegemaran bukan sahaja kaum India
tetapi menjadi kegemaran kepada kaum-kaum lain yang menetap di Malaysia.
KUIH RAWA URUNDAI
Kuih Rawa Urundai ini pula adalah kuih yang kurang manisnya.
Ramai yang tidak mengetahui tentang kuih ini. Ramuan kuih ini adalah tepung
suji, gula, garam, buah kismis, buah pelage dan minyak sapi.
KUIH NEI URUNDAI
Kuih ini merupakan antara kuih yang manis . Rupanya sama
seperti kuih Rawa Urundai Tetapi kuih ini lebih manis daripada kuih Rawa
urundai. Kuih sangat lembut dan mudah rapuh apabila dipegang.
KUIH LADHU
Kuih Ladhu merupakan makanan manis. Kuih ini mudah rapuh
apabila dipegang. Ramuan kuih ini ialah tepung kuda, buah ceri, buah gajus,
buah kismis, pewarna, gual, garam dan minyak sapi. kuih ini sedap untuk
dimakan.
No comments:
Post a Comment