🔽FAAZEYRAQIS🔽
_____________________________________
Makanan Indonesia Yang Popular Di Malaysia
Makanan Indonesia di sini telah diubah sedikit agar
sesuai dengan selera orang Malaysia. Disebabkan itu, tidak mengejutkan apabila
ia turut jadi antara makanan kegemaran orang Malaysia.
1. Ayam Penyet
- Ayam penyet, menu yang berasal daripada Jawa ini adalah hidangan ayam goreng garing yang diketuk dan dihidang bersama sambal penyet, hirisan timun, tauhu goreng dan tempe.
- Selain popular di Indonesia, ia juga popular di Malaysia dan Singapura dengan kemunculan pelbagai restoran ayam penyet di kedua-dua negara dan mendapat sambutan menggalakkan.
- Sambal penyet yang dibuat daripada campuran cili, ikan bilis, tomato, bawang merah, bawang putih, belacan, asam jawa dan jus limau inilah yang menambat selera dan merupakan komponen penting dalam hidangan ayam penyet.
- Jika tertanya-tanya sebab namanya ayam ‘penyet’, ini kerana ayam goreng tadi diketuk sebelum dihidangkan supaya lebih lembut dan mudah dimakan.
2. Bakso
- Bakso bersifat padat dan mempunyai tekstur yang sedikit kenyal. Dipercayai bakso dibawa oleh imigran Cina ke Indonesia. Hidangan ini sering dijual di tepi-tepi jalan raya yang sibuk di Indonesia.
- Antara bahan utama untuk membuat bakso adalah daging cincang, ubi kayu, mi atau mihun, sup atau air rebusan daging, sayur kailan, saderi, sayur asin dan bawang goreng.
- Ada juga yang menambah isi ayam bersama daging. Selain daripada yang dinyatakan di atas, bakso juga boleh dihidang bersama mi, cendawan enoki, daun bawang, bawang goreng dan telur rebus.
- Hidangan bakso ini juga hampir sama dengan hidangan bebola daging Cina dan Vietnam (bakwan malang).
3. Nasi Padang
- Nasi Padang atau makanan Padang sudah pasti berasal dari Padang berdasarkan namanya. Ia sebenarnya hidangan nasi kukus dengan lauk-pauk, sayur dan snek.
- Masakan Padang terkenal dengan masakan yang bersantan dan pedas. Tiga elemen penting dalam masakan Padang adalah gulai (kari), lado (cili) dan bareh (beras).
- Jadi dalam masakan Padang, lazimnya akan dihidangkan sambal pedas, gulai pekat dengan nasi kukus. Namun, ada juga lauk-pauk lain contohnya rendang, asam padeh (asam pedas) dan kalio turut disediakan.
- Sayur yang dihidang dalam masakan Padang adalah seperti pucuk ubi kayu, gulai nangka dan kobis. Manakala snek pula adalah kelamai, kue talam (kuih talam) dan lapek (puding pisang)
4. Pecel Lele
- Pecel lele atau dikenali pecak lele adalah menu ikan keli goreng garing yang dihidang bersama nasi kukus, sambal dan lalapan, iaitu sayur-sayuran seperti daun basil, timun, kobis dan kacang panjang.
- Pecel lele tidak sama dengan pecel. Pecel adalah pecal (seperti yang disebut oleh kebanyakan kita di Malaysia) yang terdiri daripada sayur-sayuran dan dimakan bersama kuah kacang.
No comments:
Post a Comment