ok lets start guys!
Bahan-bahan:
1 pek biskut Hupseng Deluxe Cracker
1/2 tin susu pekat
250g cream cheese
4 sudu besar susu segar/ fresh milk
susu segar untuk celup biskut
milo atau nestum untuk tabur
cara cara membuat cheesekut:-
1. Masukkan susu pekat, cream cheese dan susu segar ke dalam mixer. Mix sampai sebati. Farah malas nak guna mixer, guna blender je. Dah dari dulu guna blender buat cheesekut. Terpulang pada korang masing-masing.
2. Sediakan bekas yang sesuai.
3. Ambil sedikit campuran cream cheese tadi, buat satu lapisan nipis di dalam bekas.
4. Ambil biskut hupseng, celup sebentar di dalam susu segar dam lapiskan di atas cream cheese sehingga siap satu lapisan.
5. Tambah lagi satu lapisan nipis cream cheese diatas lapisan biskut.
6. Ulang sehingga campuran creamcheese yang tinggal cukup untuk menutupi permukaan paling atas.
7. Tuang lebihan cream cheese di lapisan paling atas.
8. Tabur topping yang korang suka.
9. Simpan dalam peti ais semalaman.
10. Potong kecil-kecil untuk makan.
Ha, senang je kan?
Untuk biskut tu, lebih baik jangan guna biskut jenis lain takut tak masuk rasanya dan tak sedap. Biasanya sis buat, tak habis pun pakai biskut satu paket. Akan ada tinggal sikit.
Sukatan susu pekat dah cukup manis dengan farah. Kalau korang suka lagi manis, boleh tambah lebih lagi.
sis pernah guna susu segar perisa strawberi sebab yang tak ada perisa tak ada. Rasanya tak banyak beza. Tak rasa sangat strawberi. Perisa coklat tak pernah lagi cuba hehe.
Cream cheese korang boleh pakai jenama apa-apa yang korang selesa. Ada yang suka philadelphia, ada yang suka tatura. sis dah biasa pakai tatura.
Bila celup biskut, jangan rendam. Celup sahaja. Cukup untuk basahkan biskut dengan susu. Kalau korang rendam atau biarkan lama dalam susu, nanti biskut lembik, tak dapat nak melapis.
Dah cuba Cheesekut? Jom buat sama-sama!
No comments:
Post a Comment