1. Karipap
Tidak kiralah karipap biasa atau pusing, jenis ini pasti menambat hati si peminatnya. Dengan pelbagai pilihan inti seperti keledek, kentang mahupun sardin, karipap menjadi pilihan menu sarapan mahupun minum petang.
2. Kuih Keria
Kuih keria, biasanya dibuat menggunakan keledek. Rasa manis dan lemak pada keledek serta disira dengan gula menambahkan lagi rasa pada kuih tradisi ini. Kalau dulu, hanya gula putih digunakan sebagai sira, namun kini, kuih ini mendapat permintaan kerana inovasi menggunakan gula merah yang dijadikan sebagai karamel.
3. Ketayap
Kuih berintikan kelapa manis ini sememangnya menjadi pilihan ramai. Warna hijau pandan pada kulitnyasering menjadi pilihan si pembuat menjadikan kuih ini. Rasa lemak manis inti dan kulit bersatu hingga makan satu terasa tak cukup.
4. Kuih Seri Muka
Kuih ini tak boleh tambah seri muka seseorang. Tetapi boleh menambah senyuman. Dua lapisan tepung dan pulut, kuih ini turut menjadi pilihan ramai. Tidak hanya masyarakat Melayu, malah kuih ini begitu popular dari kalangan masyarakat baba dan nyonya.
5. Tepung Pelita
Kuih ini sangat popular ketika bulan Ramadan. Kuihnya yang lembut diletak di dalam daun pisang yang dibentuk bersegi. Isi bawahnya berperisa pandan dan di atasnya pula adalah santan yang telah dimasak. Memang sedap gabungan kedua-duanya. Kata orang, kalau sejuk lebih mengancam.
No comments:
Post a Comment