Saturday, January 13, 2018

🔽FAAZEYRAQIS🔽

____________________________________

Adab Makan Cara Islam


1. Menyebut nama Allah subhanahu wa ta’ala sebelum makan.
Sebelum kita makan, awali dengan membaca doa dengan menyebut namaNya, sebagai bentuk terima kasih kita atas nikmat yang telah diberikan.
2.   Makan makanan yang lebih dekat dengan posisi anda berada.
Saat makan, banyak berbagai jenis makanan yang dihidangkan. Dan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menganjrkan kita untuk ambil makanan yang berada paling dekat dengan kita terlebih dahulu.
3. Makan dengan tangan kanan.
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sangat menyukai melakukan segala hal dengan tangan kanan, termasuk ketika makan.
4. Makan dengan tidak berlebihan.
Sesuatu yang berlebihan itu tidak baik. Begitupun saat makan. Jika kebanyakan akan membuat kita menjadi orang yang malas setelahnya.
5. Tidak makan sambil bersandar.
Rasulullah sallallahu alahi wasallam berkata, "Saya tidak mengambil makanan saya sambil bersandar (melawan sesuatu). 
6. Dahulukan makan jika sudah tersaji saat Iqamah dikumandangkan.
Dikisahkan oleh Ibnu Abbas, dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, bahwasanya beliau bersabda: "Jika makan malam telah tersedia dan iqamah dikumandangkan, maka dahulukanlah makan malam." 

Big Dipper Tgv

🔽FAAZEYRAQIS🔽

__________________________

BIG DIPPER TGV


Favourite snacks nachos with cheese sauce only at TGV cinema 😍

Nachos Cheese Recipe


INGREDIENTS🔽

1/2 paket cachos/nachos – i slalu beli yang original flavor jek!
1 tbsp butter
1 tbsp gandum
3/4 cawan dutch lady low fat milk
1 cawan grated cheddar cheese
1 biji jalapeno – hiris nipis

 DIRECTION🔽

#Panaskan oven pada suhu 175C
#Masukkan nachos ke dalam pinggan dan bakar di dalam oven selama 10 minit
#In the mean time cairkan butter di dalam pan dan masukkan gandum, kacau sekejap – nampak gandum dah mixed dengan buttert hen masukkan susu
#Biar susu menggelegak then masukkan grated cheddar cheese tadi
#Kacau hingga cheese dah melt and agak2 mendapat kepekatan yang di ingini, tutup api
#Keluarkan nachos dari oven dan taburkan jalapeno
#Kemudian tuangkan cheese sauce tadi ke atas nachos
Siap dihidang 😁

Enjoy for watching😊


Cara Diet

🔽FAAZEYRAQIS🔽

__________________________


  1. Jangan tinggalkan sarapan. 
  2. Kurma sebagai makanan pagi. 
  3. Ambil makanan kaya serat dengan banyak pada waktu makan.
  4. Sediakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau, oren dan kuning pada waktu makan. 
  5. Lakukan aktiviti yang banyak pergerakan. .
  6. Lakukan sedikit aktiviti selepas makan. 
  7. Minum air bersih 8 gelas sehari.

Fast Food

🔽FAAZEYRAQIS🔽

_________________________

'Fast Food' Kegemaran
'Fast Food' ni mesti kegemaaran orang ramai terutama budak budak and remaja. Makanan ni memang sedap and cepat siap so tak pelik la jadi kegemaran orang ramai . Makan fast food bole je tapi bukan selalu tau korang sebab tak elok untuk kesihatan . Yang kat bawah ni antara kedai fast food yang menjadi kegemaran orang ramai kat Malaysia , tak pernah kedai fast food ni kosong mesti ada je orang .

PIZZA HUT

KFC

McDONALD

BURGER KING

DOMINO'S PIZZA

SUBWAY

Makanan Perayaan Kaum India

🔽FAAZEYRAQIS🔽

________________________________


THOSAI
Thosai merupakan makanan kegemaran orang india. Makanan ini menjadi menu utama dalam hidangan Hari Deepavali. Thosai kebiasaannya enak dimakan bersama kuah “sandhini”

IDHILI

Idhili merupakan makanan sampingan dalam menu hidangan kaum india pada hari Deepavali. Idhili dimakan bersama sandhini atau kari ayam, dal dan lain-lain.

MURUKU

Muruku adalah makanan kegemaran bukan sahaja kaum India tetapi menjadi kegemaran kepada kaum-kaum lain yang menetap di Malaysia.

KUIH RAWA URUNDAI
Kuih Rawa Urundai ini pula adalah kuih yang kurang manisnya. Ramai yang tidak mengetahui tentang kuih ini. Ramuan kuih ini adalah tepung suji, gula, garam, buah kismis, buah pelage dan minyak sapi.

KUIH NEI URUNDAI

Kuih ini merupakan antara kuih yang manis . Rupanya sama seperti kuih Rawa Urundai Tetapi kuih ini lebih manis daripada kuih Rawa urundai. Kuih sangat lembut dan mudah rapuh apabila dipegang.

KUIH LADHU

Kuih Ladhu merupakan makanan manis. Kuih ini mudah rapuh apabila dipegang. Ramuan kuih ini ialah tepung kuda, buah ceri, buah gajus, buah kismis, pewarna, gual, garam dan minyak sapi. kuih ini sedap untuk dimakan.




Friday, January 12, 2018

Famous Dessert

ABC

AIS KACANG

AIS KEPAL


CENDOL

Kuih Citarasa Melayu

 
1. Karipap
Tidak kiralah karipap biasa atau pusing, jenis ini pasti menambat hati si peminatnya. Dengan pelbagai pilihan inti seperti keledek, kentang mahupun sardin, karipap menjadi pilihan menu sarapan mahupun minum petang.

2. Kuih Keria
Kuih keria, biasanya dibuat menggunakan keledek. Rasa manis dan lemak pada keledek serta disira dengan gula menambahkan lagi rasa pada kuih tradisi ini. Kalau dulu, hanya gula putih digunakan sebagai sira, namun kini, kuih ini mendapat permintaan kerana inovasi menggunakan gula merah yang dijadikan sebagai karamel.



3. Ketayap
Kuih berintikan kelapa manis ini sememangnya menjadi pilihan ramai. Warna hijau pandan pada kulitnyasering menjadi pilihan si pembuat menjadikan kuih ini. Rasa lemak manis inti dan kulit bersatu hingga makan satu terasa tak cukup.


4. Kuih Seri Muka
Kuih ini tak boleh tambah seri muka seseorang. Tetapi boleh menambah senyuman. Dua lapisan tepung dan pulut, kuih ini turut menjadi pilihan ramai. Tidak hanya masyarakat Melayu, malah kuih ini begitu popular dari kalangan masyarakat baba dan nyonya.



5. Tepung Pelita
Kuih ini sangat popular ketika bulan Ramadan. Kuihnya yang lembut diletak di dalam daun pisang yang dibentuk bersegi. Isi bawahnya berperisa pandan dan di atasnya pula adalah santan yang telah dimasak. Memang sedap gabungan kedua-duanya. Kata orang, kalau sejuk lebih mengancam.


🔽FAAZEYRAQIS🔽

_____________________________________


Makanan Indonesia Yang Popular Di Malaysia

Makanan Indonesia di sini telah diubah sedikit agar sesuai dengan selera orang Malaysia. Disebabkan itu, tidak mengejutkan apabila ia turut jadi antara makanan kegemaran orang Malaysia. 

1. Ayam Penyet





  • Ayam penyet, menu yang berasal daripada Jawa ini adalah hidangan ayam goreng garing yang diketuk dan dihidang bersama sambal penyet, hirisan timun, tauhu goreng dan tempe.
  • Selain popular di Indonesia, ia juga popular di Malaysia dan Singapura dengan kemunculan pelbagai restoran ayam penyet di kedua-dua negara dan mendapat sambutan menggalakkan.
  • Sambal penyet yang dibuat daripada campuran cili, ikan bilis, tomato, bawang merah, bawang putih, belacan, asam jawa dan jus limau inilah yang menambat selera dan merupakan komponen penting dalam hidangan ayam penyet.
  • Jika tertanya-tanya sebab namanya ayam ‘penyet’, ini kerana ayam goreng tadi diketuk sebelum dihidangkan supaya lebih lembut dan mudah dimakan.


2. Bakso

  •  Bakso merujuk kepada hidangan bebola daging versi Indonesia. Perkataan bakso boleh merujuk kepada sebiji bebola atau keseluruhan hidangan dalam mangkuk yang terdiri daripada bebola daging, sup, mi dan sayuran.
  • Bakso bersifat padat dan mempunyai tekstur yang sedikit kenyal. Dipercayai bakso dibawa oleh imigran Cina ke Indonesia. Hidangan ini sering dijual di tepi-tepi jalan raya yang sibuk di Indonesia.
  • Antara bahan utama untuk membuat bakso adalah daging cincang, ubi kayu, mi atau mihun, sup atau air rebusan daging, sayur kailan, saderi, sayur asin dan bawang goreng.
  • Ada juga yang menambah isi ayam bersama daging. Selain daripada yang dinyatakan di atas, bakso juga boleh dihidang bersama mi, cendawan enoki, daun bawang, bawang goreng dan telur rebus.
  • Hidangan bakso ini juga hampir sama dengan hidangan bebola daging Cina dan Vietnam (bakwan malang).


3. Nasi Padang

  • Nasi Padang atau makanan Padang sudah pasti berasal dari Padang berdasarkan namanya. Ia sebenarnya hidangan nasi kukus dengan lauk-pauk, sayur dan snek.
  • Masakan Padang terkenal dengan masakan yang bersantan dan pedas. Tiga elemen penting dalam masakan Padang adalah gulai (kari), lado (cili) dan bareh (beras).
  • Jadi dalam masakan Padang, lazimnya akan dihidangkan sambal pedas, gulai pekat dengan nasi kukus. Namun, ada juga lauk-pauk lain contohnya rendang, asam padeh (asam pedas) dan kalio turut disediakan.
  • Sayur yang dihidang dalam masakan Padang adalah seperti pucuk ubi kayu, gulai nangka dan kobis. Manakala snek pula adalah kelamai, kue talam (kuih talam) dan lapek (puding pisang)


4. Pecel Lele

  • Pecel lele atau dikenali pecak lele adalah menu ikan keli goreng garing yang dihidang bersama nasi kukus, sambal dan lalapan, iaitu sayur-sayuran seperti daun basil, timun, kobis dan kacang panjang.
  • Pecel lele tidak sama dengan pecel. Pecel adalah pecal (seperti yang disebut oleh kebanyakan kita di Malaysia) yang terdiri daripada sayur-sayuran dan dimakan bersama kuah kacang. 

Thursday, January 11, 2018

🔽FAAZEYRAQIS🔽

____________________________

Mengapa Kena Kurangkan Makan Mee Segera? 

1. Penyerapan Nutrien: Mee menghalang penyerapan nutrien untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

2. Risiko Menghadapi Kanser: Terdapat bahan dalam mee segera yang dipanggil “Styrofoam”. Ia merupakan punca menghidapi kanser.

3. Keguguran: Wanita mengandung yang makan mee segera semasa kehamilanboleh menjadi punca keguguran. Hal ini kerana ia akan memberi kesan kepada pembangunan janin.

4. Makanan Ringan: Mee segera diperkayakan dengan penuh karbohidrat, tetapi tidak mempunyai vitamin, serat dan mineral. Kerana itu, mee segera dianggap sebagai makanan ringan.

 6. MSG: Monosodium Glutamat digunakan untuk meningkatkan rasa mee segera. Orang yang alah kepada MSG dan mengambil mee segera sebagai sebahagian daripada diet mereka, maka mereka akhirnya akan mengalami sakit kepala, curahan muka dan sakit.

7. Berat badan yang berlebihan: Makan Mee adalah punca utama obesiti. Mee mengandungi jumlah lemak dan jumlah natrium yang tinggi. Ia juga menyebabkan pengekalan air dalam badan dan sudah tentu ia membawa kepada berat badan berlebihan.

 8. Penghadaman: Mee segera adalah tidak baik untuk sistem penghadaman. Pengambilan mee segera menyebabkan proses penghadaman yang tidak teratur dan kembung.

10. Metabolisme: Pengambilan mi segera menjejaskan metabolisme badan, kerana bahan-bahan kimia seperti bahan tambahan, pewarna dan bahan pengawet di dalam mee segera.

🔽FAAZEYRAQIS🔽

__________________________________

Makanan Sihat Untuk Wanita 

1. Protein Soya 
Protein soya yang terdapat dalam tauhu, susu , mentega atau bijirin bagus untuk kesihatan jantung anda. Ia membantu anda mengurangkan tahap kolestrol dalam badan. Pratikkan untuk mengambil sekurang – kurangnya 25 gram protein soya setiap hari.

2.  Bijirin  
Bijirin penuh membantu mencegah masalah pencernaaan yang lazimnya di alami oleh kaum wanita. Makanan bijirin penuh termasuk beras perang, roti gandum, dan barli.

3.  Makanan Tinggi Folic 
Makanan tinggi kandungan folic yang terdapat dalam asparagus, buah oren dan kekacang adalah penting untuk wanita mengandung. Ia bertujuan memastikan produksi tiub saraf yang betul dan kesihatan jantung untuk janin.Pastikan anda mengambil sekurang – kurangnya 400 mikrogram (mcg) setiap hari.

4. Jus Cranberi 
Mungkin ada di antara anda tidak menyukai rasanya yang masam, tetapi tahukah anda jus cranberi membantu mencegah bakteria daripada melekat pada dinding pundi kencing anda sekaligus mencegah jangkitan pada saluran kencing.Penyelidikan baru juga membuktikan bahawa kranberi boleh mengekalkan kesihatan kardiovaskular.

5. Air
Air adalah penting untuk semua proses metabolik dalam badan, Ia juga membantu sistem penghadaman, kawalan berat badan dan juga kesihatan kulit. Minum 8 hingga 10 gelas sehari adalah penting untuk memastikan kandungan air dalam badan anda mencukupi.

6. Sayuran hijau 
Sayuran hijau menyediakan nutrien dan serat yang penting untuk badan. Kata orang-orang tua, lebih pahit rasa sayuran itu, lebih banyak khasiatnya. Cuba makan sekurang-kurangnya tiga hidangan setiap hari.

7. Makanan Vitamin C
Buah-buahan termasuk sitrus, strawberi, lada merah, lada hijau, sawi, brokoli, bayam, tomato, kentang, kiwi, jambu dan pasli. Di samping menyumbang kepada kesihatan menyeluruh, buahan – buahan yang kaya dengan Vitamin C dan anti oksidan yang dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung kronik. 

8. Makan Madu Setiap Pagi


🔽FAAZEYRAQIS🔽

_______________________________

Makanan Sihat Untuk Mata Yang Sihat

Berikut Pula Adalah Senarai Vitamin Yang Diperlukan Oleh Mata:
  1. Protein

  • Protein adalah bahan asas yang diperlukan untuk nutrisi, perkembangan dan proses baik pulih tubuh. Protein juga berperanan besar terhadap metabolisme serta pemprosesan bahan kimia dan enzim yang berlaku dalam badan.

2.            Kalsium
  • Makanan yang kaya kalsium juga baik untuk mata kerana kalsium berfungsi untuk menghapuskan ketegangan mata. Kekacang dan produk soya, hasil tenusu, ikan, udang, sotong, walnut, cendawan dan biji teratai adalah antara makanan yang kaya kalsium.

3.            Vitamin A
  • Vitamin A bagus untuk menangani pelbagai jenis masalah mata termasuklah masalah penglihatan kurang jelas ketika waktu gelap ataupun suram. Makanan yang kaya dengan vitamin A ialah minyak ikan, lobak merah, telur, keju, mentega, susu, sayur-sayuran hijau dan oren.

4.            Vitamin B
  • Vitamin B kompleks diperlukan untuk memastikan mata terus sihat. Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan mata berwarna merah, rasa panas, masalah katarak dan sensitif terhadap cahaya yang terang. Makanan yang boleh diambil ialah seperti bijirin, gandum dan ekstrak yis.

5.            Vitamin C
  • Vitamin C dipercayai mampu mengelakkan mata daripada katarak dan glaukoma. Didapati mata yang sihat mengandungi vitamin C yang banyak. Antara makanan yang kaya vitamin C ialah buah-buahan sitrus, tomato, sayuran berdaun hijau dan kentang.

6.            Vitamin E
  • Vitamin ini diperlukan untuk menghalang katarak. Ia membantu menyihatkan salur darah dan retina. Sumbernya ialah minyak sayur-sayuran, roti gandum, bijirin, dan sayur-sayuran hijau.

7.            Zink
  • Zink diperlukan bagi membolehkan retina berfungsi dengan baik. Zink juga diperlukan bagi mengeluarkan vitamin A dari hati untuk digunakan oleh mata. Makanan yang kaya dengan zink ialah daging merah, kekacang, sardin, hati, dan kerang-kerangan.


RESEPI TAU FU FA

🔽FAAZEYRAQIS🔽

________________________________________________

FOODHUNTERFAMILY.BLOGSPOT.COM


korang tahu tak sebenarnya senang je nak buat tau fu fa? serious senang gila!

jap sis share dengan korang eh macam mana nak buat tau fu fa yang sangat mudah ...


Bahan bahan🔽

150 gram kacang soya
1 liter air 
1 1/2 sudu besar tepung jagung 
1/2 sudu kecil sekko /GDL*
1/2 cawan air *
2-3 helai daun pandan

Cara cara🔽

Rendam kacang soya dalam 4-5 jam.Jangan lebih dari 6 jam untuk mengelakkan tau fu fa mudah berair
Selepas rendam ramas seketika kacang untuk mengasingkan kulit kacang soya.

Basuh dan blend denga 1 liter air.Tapis guna penapis kain.

Masak air soya bersama daun pandan .Masak hingga mendidih

Sementara menunggu air soya mendidih, satukan bahan bahan yang bertanda *.

Bila air soya dah mendidih masukkan dalam bekas bertutup/kedap udara.kemudian cepat2 tuang bahan yang bertanda* .Kacau seketika kemudian tutup.

Biarkan selama 1/2jam. Bila dah keras bole la nak makan.Bahagian atas nampak berbuih..bole la buang kalau tak suka tengok rupa bentuk mukabuminya..



Ikut selera masing masing..nak hidang panas or sejuk,
nak bersama air gula putih or air gula merah.
Pilihan di tangan anda.


makanan negeri johor

Pernah pergi ke sebuah negeri yang terletak di semenanjung Malaysia? Negeri apakah itu? Negeri Johorlah...hihihi. Seperti negeri-negeri lain yang ada di Malaysia, masing-masing ada adat, makanan tradisional, budaya dan macam-macam lagi termasuk jugak negeri Johor yang kaya dengan pelbagai jenis makanan tradisional yang jarang ada di negeri-negeri yang lain.

so marilah kita ambil tahu serba sedikit makanan tradisi orang negeri johor okay? 



SOTO JOHOR

BOTOK-BOTOK

MEE REBUS JOHOR


TELUR PINDANG






Ice Cream Homemade

🔽FAAZEYRAQIS🔽

___________________________

FOODHUNTERFAMILY.BLOGSPOT.COM


ICE CREAM HERSHEY'S

                                             


INGREDIENTS🔽

1 tin susu cair
2 sudu besar susu pekat
1 penutup esen vanila
2 sudu besar ovalette
Hershey’s Chocolate Syrup (Boleh agak-agak, terpulanglah nak banyak mana. Jangan sampai habis sebotol pula.)

DIRECTION🔽

Bila dah cukup bahan-bahannya, jom kita mulakan. Tak susah. Hanya 2 langkah saja!
1. Blender
Mula-mula, bubuh semua bahan dalam blenderBlend lebih kurang dalam 5 minit.
2. Bekukan
Bila dah sebati semua bahan, bolehlah letakkan dalam bekas. Kalau ada nak letaktopping apa-apa, contoh : biskut Oreo, kacang, cip coklat atau buah-buahan segar, silakan.
Langkah seterusnya, kita bekukan semalaman.
Siap!
Eh, dah siap dah? Memang senang sangat, tak mustahil anda juga boleh membuatnya sendiri di rumah.
🔼😏

Magic Ice Cream

🔽FAAZEYRAQIS🔽

_________________________________

FOODHUNTERFAMILY.BLOGSPOT.COM

                                                  

AIS KRIM VANILA HILANGKAN BATUK DAN SAKIT TEKAK


Tidak pasti auta ataupun fakta tetapi ada satu lagi cara unik untuk kita pulih dari batuk yang berpanjangan.
Jika anda sudah penat untuk mencuba bermacam-macam jenis penawar batuk tetapi masih juga tidak sembuh andaa boleh cuba memakan aiskrim vanilla untuk ubati sakit tekak.
Ingin diingatkan di sini bahawa aiskrim tersebut mestilah keseluruhannya vanilla tidak boleh bercampur rasa lain.
Cuba dulu mana tahu anda boleh elok dari batuk yang berpanjangan.
Komen di bawah jika anda ingin berkongsi petua lain untuk mengubati masalah batuk berpanjangan.

Makanan Sunnah

Makanan Sunnah #1 – Kismis
Buah anggur segar mengandungi kandungan vitamin C dan flavonoid yang tinggi. Vitamin C banyak membantu menjaga kesihatan badan manakala flavonoid adalah antioksida yang membantu melawan radikal bebas. Anggur kering iaitu kismis pula kaya dengan pelbagai vitamin, riboflavin dan folat. Selain itu, mineral surih bernama boron membantu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori.

Makanan Sunnah #2 – Madu

Madu merupakan satu-satunya makanan dihasilkan oleh lebah yang memiliki kesemua komponen keperluan hidup manusia termasuk enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak. Bahan antioksida diperlukan bagi melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel.

Makanan Sunnah #3 – Kurma


Buah yang manis ini adalah suatu keajaiban untuk manusia. Memiliki mineral, vitamin, serat dan antioksida yang lengkap untuk kesihatan keseluruhan badan telah menjadikan buah kurma diiktiraf sebagai pengganti diet yang paling baik di dunia terutamanya ketika proses penyembuhan penyakit.

Makanan Sunnah #4 – Minyak Zaitun

Ramai terpikat dengan pujian Allah swt kepada minyak zaitun yang bercahaya dan menjadi sumber cahaya di dalam surah an-Nur ayat 35 seperti berikut:

Makanan Sunnah #5 – Habatus Sauda’



Mengamalkan minyak habatus sauda’ sebagai makanan tambahan untuk diri saya. Jujurnya bukanlah fokus untuk otak kerana biji hitam ini sangat baik bagi meningkatkan imunisasi badan dan melawan penyakit.

You should try :)

🔽FAAZEYRAQIS🔽

__________________________________________

FOODHUNTERFAMILY.BLOGSPOT.COM


‘Dessert’ Hilangkan Stress


Assalamualaikum, harini sis nak share pendapat sis tentang ‘dessert’. Korang minat dessert tak? Mestilah korang minat kan , hahaha sis jawabkan okey .  Okey bagi pendapat sis dessert ni banyak kebaikan dia sebenarnya, dessert ni boleh tukarkan mood orang serta merta . Dari bad mood boleh tukar jadi good mood. Macam mana sis tahu? Sebab sis dah try and hasil dia tepat macam sis cakap hehehe.



Sis rasa korang pun tahu benda ni , terutama perempuan. “Kemanisan Dessert Menggembirakan”. So kalau korang tengah stress dengan dunia korang , bad mood dan lain lain berehat sebentar bersama kitkat hahahaha takdela . Korang cari la dessert , lupakan stress kejap . Reward diri sendiri , kalau terlalu pikirkan stress tak selesaikan masalah pun so korang chill chill dulu dengan dessert lepas tu baru la ada mood nak pikir masalah yang korang hadapi okey? Tapi nasihat sis jangan selalu sangat la makan dessert ni karang kencing manis salahkan sis pulak hahahaha . Pandai pandai la kawal cara hidup sihat yee. Okey itu sahaja , Assalamualaikum :)






Aiskrim Goyang Penang

🔽FAAZEYRAQIS🔽

_____________________________________

                            Katering Aiskrim

Kami menyediakan Ais Goyang Yang semestinya halal dan menyegarkan di kawasan Pulau Pianag Kami juga menyediakan tempahan bagi setiap majlis dibawah:-
 - MAJLIS PERKAHWINAN
- MAJLIS HARI TERBUKA (OPEN HOUSE)
- MAJLIS UNTUK JABATAN-JABATAN (PRIVATE & GOVERNMENT)
- MAJLIS KESYUKURAN
- MAJLIS HARI JADI (BIRTHDAY PARTY)
- MAJLIS MAKAN MALAM (DINNER)
- EKSPO-EKSPO/KARNIVAL
- HARI KELUARGA/TEAM BUILDING
- HARI KANTIN SEKOLAH
- HARI SUKAN SEKOLAH
- HARI KO-KURIKULUM
- HARI PENYAMPAIAN HADIAH
- DAN LAIN-LAIN MAJLIS
Kami menawarkan pelbagai jenis perisa seperti Oren, Strawberi, sarsi, coklat, bandung, sirap, oren, milo, soda dan juga pelbagai jenis mengikut citarasa anda.
Kepada yang berminat, sila membuat tempahan berdasarkan harga yang kami tawarkan :-
300 -500 Batang : RM0.50/Batang
600– 1000 Batang : RM0.45/batang
LEBIH 1100 BATANG : Harga boleh runding ye :)
Tempahan minima 300 batang. Sebarang permintaan di luar kawasan seberang Perai Utara, kami mengenakan sedikit cas penghantaran.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

Hafiz : 019-4645783 

AISGOYANG.BLOGSPOT.COM (Follow up)