Menu List
Tempoyak Daun
Tempoyak Daun merupakan makanan
tradisi dalam kalangan masyarakat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ia enak
dimakan dengan nasi putih, telur dadar dan juga ikan goreng. Antara bahan yang
digunakan ialah pucuk ubi, pucuk labu dan pucuk kacang panjang serta
bahan-bahan sampingan yang lain.
Rendang Pucuk Ubi
Rendang Pucuk Ubi diperbuat daripada pucuk ubi dan juga bahan-bahan lain seperti daging, ayam, dan ikan bilis, santan, bawang dan minyak masak secukupnya. Hidangan ini sesuai dimakan bersama nasi putih dan boleh disimpan dalam peti sejuk untuk jangka masa yang panjang.Kuih Sopang Kukus
Kuih Sopang Kukus merupakan makanan tradisi yang popular dalam kalangan
masyarakat Negeri Sembilan. Ia diperbuat daripada tepung pulut, gula enau
dengan inti kelapa parut. Kuih ini dihidangkan dengan kuah santan pekat. Makanan
tradisi ini mempunyai persamaan dengan kuih Badak Berendam, tetapi berbeza
dalam aspek pemprosesan dan penyediaannya
No comments:
Post a Comment