Menu List
Asam Pedas
Asam Pedas adalah salah satu masakan tradisi masyarakat
Melayu terutama di Melaka. Pada asasnya, bahan-bahan yang digunakan adalah
seperti ikan parang, ikan tenggiri, ikan merah dan ikan terubuk. Masakan ini
bukan saja terkenal dan di sukai oleh penduduk negeri Melaka bahkan pelancong
dari dalam dan luar negara.
Sambal Serunding Melaka
Sambal Serunding Melaka sangat
popular dalam kalangan masyarakat Alor Gajah, terutama sekali di Kampung Lanjut
Manis. Ia merupakan hidangan wajib pada bulan Ramadan dan sering dihidangkan
dalam majlis-majlis perkahwinan. Sambal Serunding Melaka sedap dimakan begitu
sahaja malah lebih sedap jika dimakan bersama ketupat dan lemang.
Makanan Baba Nyonya
Masyarakat Baba dan Nyonya
sememangnya terkenal dengan makanan tradisinya. Biasanya makanan kaum Baba
Nyonya berasaskan masakan masyarakat Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum
Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu. Ia disajikan semasa musim
perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, Hari Lahir atau Majlis Perkahwinan..
Makanan ini terkenal di Melaka.
No comments:
Post a Comment