Sunday, December 31, 2017

Makanan Tradisi Negeri Kelantan

Menu List

Nasi Tumpang

Nasi tumpang yang memang berasal dari negeri Kelantan ini merupakan salah satu makanan yang unik disana. Nasi tumpang ini terdapatnya nasi dengan lapisan yang berbeza dan dibungkuskan didalam bentuk kon sebelum dihidangkan.Nasi tumpang ini akan dibungkus menggunakan daun pisang. Makan ini dahulunya merupakan makanan asas untuk petani di Negeri Kelantan untuk dibawa ke tempat kerja. Lauk yang ada didalam nasi tumpang ini ialah omelet,serunding ikan atau serunding daging,udang atau ikan masak kari,sambal cili dan timun.Setiap lauk akan diletak secara selang seli dengan nasi putih.

Kuih Akok

Kuih akok merupakan salah satu kuih tradisional yang sangat popular di Kelantan dan juga Terengganu terutamanya pada bulan puasa. Terdapat 5 jenis kuih akok,antaranya ialah kuih akok nisan, akok daun pandan, akok kemboja, akok berlauk dan akok pisang.Pada kebiasaannya, kuih akok ini boleh didapati dengan 2 warna iaitu perang dan hijau. Warna ini berlainan akibat dipengaruhi oleh kuantiti telur dan juga perisa daun pandan.Kuih akok ini asalnya daripada Pattani yang merupakan tempat yang berhampiran dengan Kelantan.


Nasi Kerabu

Nasi Kerabu yang sebenarnya asal dari Kelantan ini merupakan salah satu nasi yang unik kerana warna nasinya yang berwarna biru. Nasi kerabu ini dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng,ulam,  keropok kering, jeruk, telur masin dan salad. Nasi kerabu merupakan salah satu makanan yang sangat popular di negeri-negeri pantai timur dan nasi kerabu juga sangat mudah didapati di negeri-negeri lain.





No comments:

Post a Comment