Monday, October 30, 2017

Unisel The Best!

PROGRAM ASTRO OASIS 



       Haii korang, guess where we are. Kitorang kat UNISEL sempena hari yg ke- 10 tahun Astro Oasis. For those yang suka any kind of Coffee boleh pergi kat this address ( No 6-1, Jalan Alam Damai 1, Damai 23, Alam Damai, Cheras, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur). Munif Hijjaz Better Cafe' gabungan cita rasa kopi istimewa bersama herba warisan Sunnah. Habbatus Sauda yng sememangnya terkenal dengan sifat penawar segala penyakit manakala Gam Arab; makanan yang pernah di sebut dalam Al Quran Surah Al-Baraqah ayat 57 adalah menjadi ramuan utama Munif Hijjaz Better Cafe'. Rasa yang enak dan lazat serta kaya dengan pelbagai khasiat hebat. Munif Hijjaz Better Cafe serta mempunyai pek kotak 15 sachet dan papan 20 sachet. So uolss yang taktau pasal khasiat coffee tu harap blog ni dapat membantu anda semua . But trust me rasa coffee yang meraka jual 100% sedap dan bermanfaat untuk tubuh badan.



This guy is one of the employee of the manggo shake. Cawangan Shake Magga ada dekat Johor,Maha. The best Shake Shake Manggo ever! Okay now i want to share macam mana nak buat manggo shake kat rumah, so uolss tak perlu la nak keluar bila teringgin nak minum manggo shake. You should try uolssss.

Bahan-bahan,
1 biji mangga,
 cawan ais 
,3 sudu besar susu pekat
 .Topping, Mangga (dipotong dadu)
 .Cara-cara,
 Blend mangga, ais
, dan susu pekat sehingga sebati
.Tuang ke dalam gelas dan tambahkan topping kiub mangga
. Hidang.
MILO VIRAL
                                                                  
Ramai dah anak muda sekarang buat part-time dengan menjual air milo ni. That's why dah jadi Milo Viral sekarang. It's became a trend jual milo tepi jalan . Laku pun laku. Abang jiran saya pun berniaga milo dekat depan Khulafa. Hari panas2 sedap dapat air milo ais ori.  OKay uollsss, anyway dont forget to try!!


       Sis nak cerita sikit la pasal event ni yang kat Unisel hari sabtu dengan ahad haritu 28/10-29/10. Serious sis cakap best gilaaaaa , best sebab apa? semestinya sebab makanan hehehe. booth kat sini bukan jual makanan je korang , ada baju , tudung dan ada jugak booth ASTRO . Okey bab makanan kan serious la sis tak tipu , nampak tak berapa kali sis cakap serious? maknanya betul apa sis nak cakap ni.   

    First of all , booth booth kat sini mostly best sbb makanan , memang superb. Harga pun tak mahal mana pun , memang mampu milik untuk student yang macam sis plus yang kuat makan memang tak menyesal la datang singgah . tapi jangan singgah jelaa, kena beli baru tahu nikmat dia macam mana gaiss. Masa sis datang , bole dikatakan sis singgah semua booth makanan, sebab makanan menarik perhatian sis dengan teruk hahaha, tak kuat iman sis gais.

              Makanan yang kat booth booth ini menarik sebab makanan yang peniaga jual unik , murah , bau bau dia sedap Ya Allah!! nasib masa tu sis tak bawak banyak duit kalau tak habis dah belanja kat situuu hehehe , pastu kalau korang yang jenis minat makanan yang tengah trending ni memang banyak la kat sini.

                 Peniaga booth kat situ pun peramah , senyum tak hilang dari mukaa suruh datang kedai dorang memang menarik sis untuk singgah sebab rasa tengok muka dorang rasa tenang je nak beli pastu rasa serba salah pulak tak singgah :( . korang pun mesti rasa macam tu yedak? ke sis sorang yang emo lebihhhh...
        


    PAU VIRAL

               Okey gambar kat atas ni nama dia Pau viral , macam korang tengok dalam gambar tu ada banyak bentuk bentuk unik kan seperti jagung, ayam, udang, cedawan dll. Selalu kan pau bulat je selama harini , so sekarang dah ada bentuk bentuk gaiss , kelas kannn!? pau ni trending jugak sekarang, nama pun Pau Viral yedakk? dan sis pertama kali tengok sebenarnya pau ni , selalu tengok orang post gambar jee :(

                Okey bab inti pau tu pulak dia ikut bentuk pau  , macam bentuk ayam kan so inti dalam dia ayam laa. Sis beli pau ayam , memang sedapp laaa , banyak jugak la sis belii sebab sis rasa teruja tengok bentuk pau tu sebenarnyaaa , comell tauu , rasa tak nak makan pun ada tapi sebab sis lapar why not kan? hehehe. Rasa dia sedap pulak so memang tak menyesal la sis beli banyak




    KAMBING BAKAR


                                                                
             Okey yang atas ni kambing bakar pulak , kambing bakar ni mesti semua tahu dan mostly korang ni penggemar makanan ni laa. Bau diaaa memang sedap laaaa tak tahu nak jelaskan macam mana bau diaa , hanya TUHAN yang tahu hahahaha gituuu . Sis duduk situ tak tahan bau diaaa memang menarik hidung sis untuk singgah laaaa.

               Dari pandangan sis kebanyakkan yang beli makanan ni golongan orang yang berumur sikit , maybe makanan ni kena dengan selera dorang . Booth ni macam ala ala steak house la tapi sis mention booth ni sebagai kambing bakar sebab dia bakar kambing tu kat situ , korang nampak kan dalam gambar tu ? sukati sis je kannn mention macam tu hahahaha..

                 Gambar gambar kat atas ni yang sis share , antara yang menarik perhatiann sis. Banyak lagi booth yang menarik cuma sis nak share yang ini jelaa. Hari event ni sebenarnya sebagai hari 'cheat day' sis hahahaha. Memang tak la kan nak tahan tahan nafsu tengok  makanan yang sedap belaka ni , Cisss hancur diet sis! tapi sis tetap tak menyesal la datang dan beli makanan plus habiskan duit sis sikit untuk event ni . Gilaaa tak habis kann! banyak makanan sedap tau  hahahah. Makanan dan sis berpisah tiada yeee hehehe... untuk post yang lagi menarik , tungguu hokeyy!!
     Assalamualaikum gais.

















    Friday, October 27, 2017

    Resepi Student

    Resepi Kerabu Maggi Siam Student


    Image result for kerabu maggi siam

    Kerabu Maggie Siam - "Student" , Resepi kerabu maggie ni sesuai sangat dengan cita rasa pelajar dan sangat mudah untuk disediakan kerana ianya sangat ringkas dan sedap. Jom kita "scroll" untuk lihat resepinya :)


    Image result for kerabu maggi siam  
    Main recipe : Maggie Siam yang sedia ada paling hangat di jual pasaran sekarang. Dekat instagram juga ada jual  maggie ni atas permintaan ramai especially "student". Now i would like to share page of "Maggie Siam". Check it out guys!

           <

    ,
    Bahan-Bahannya :

    ² 2 biji cili merah - hiris
    ² 5 biji cili padi - hiris
    ² 3 plastik maggi siam
    ² 2 peket rempah maggi (yang didalam bungkus maggi dan 1 lagi tak dipakai)
    ² 1 biji buah tomato - hiris
    ² 1 biji bawang besar - hiris
    ² sedikit daun sup dan daun bawang
    ² 1 biji carot - hiris nipis
    ² 2 serbuk perasa maggi (ada didalam peket maggi)

    Bahan Lauknya
    ² udang secukupnya
    ² 10 batang crabstick
    ² sotong

    Cara Membuatnya :

    #1. panaskan air dalam periuk untuk merebus maggi kemudian masukkan 1 serbuk perasa maggi kedalam air rebusan.

    #2. rebus udang apabila sudah mengerokot angkat selanjutnya rebus crabstick tunggu hingga masak dan angkat, rebus sotong tunggu higga masak dan angkat. jadi cara rebusnya mesti sejenis-sejenis kerana kadar masak dia berbeza.

    #3. selepas itu rebus mee segera dan apabila sudah lembut angkat dan masukkan kedalam bekas atau mangkuk besar (air rebusan janga dibuang). masukkan bahan lauk juga yang sudah direbus tadi. kemudian campurkan semua bahan tersebut dengan hirisan sayuran tadi.

    #4. sementara itu masukkan 2 perasa maggi kedalam bekas berasingan kemudian tuangkan air rebusan maggi tadi (anggaran 8 sudu besar) kacau sekejap dan campurkan kedalam mangkuk berisi maggi dan sayuran tadi.

    #5. akhir sekali, gaul hingga sebati dan siap untuk dihidangkan.


    Image result for kerabu maggi siam
    Siap dimakan Kerabu Maggie Siam "Student" ! Selamat Mencuba "student" or "anyone" :)




    Macaroni Cheese Simple Easy 


    INGREDIENT

    -Macaroni 1 paket (any kind of macaroni)
    -Sos Prego 1 tin (Keju & herbs)
    -Susu segar 1 kotak kecil
    -Bawang putih 2-3 ulas (potong dadu)
    -Bawang besar 1 biji (potong dadu)
    -Buttercup 2 sudu besar
    -Sosej 2 biji
    -Cendawan butang 7-10 biji
    -Dada ayam dipotong dadu (1-2 ketul)
    -Lada hitam 1 sudu besar (ikut suka)
    -Garam secukup rasa
    -Keju cheesedale
    -Daun oregano (tak letak pun takpe)
    -Air kosong 1 cawan 

    CARA PENYEDIAAN


    #Rebus 1/2 paket macaroni terlebih dahulu. Tunggu macaroni cukup lembut dan toskan.

    #Mula-mula tumiskan bawang putih dan bawang besar dengan buttercup sehingga naik bau.

    Kemudian masukkan dada ayam yang dah dipotong dadu. Tumis sehingga sebati dan cukup masak.

    #Masukkan sosej, cendawan butang dan lada hitam. Gaul sehingga sebati.

    #Setelah itu masukkan 1 kotak susu dan biarkan seketika. Kemudian masukkan tin sos prego keju dan herba. Kacau sehingga sebati.

    #Bila campuran tadi kelihatan pekat, tambahkan air kosong sedikit demi sedikit. Jangan sampai terlalu cair. Biarkan sehingga mendidih.

    #Kemudian masukkan keju cheesedale dalam 2-3 keping. Kacau sehingga sebati.
    Tambah garam secukup rasa sekiranya perlu (biasanya kalau dah campur keju cheesedale dah cukup rasa masinnya)

    #Masukkan macaroni yang dah direbus dan ditos ke dalam kuah. Kacau sehingga sebati, sehingga campuran cukup pekat.

    #Sedia dihidangkan untuk 4-5orang.

    Selamat Mencuba :)